PENGENALAN

NALURI ENTERPRISE adalah sebuah syarikat yang 100% dimiliki oleh Bumiputra.
NALURI ENTERPRISE terlibat secara aktif didalam bidang kerja-kerja perkhidmatan kawalan serangga makhluk perosak, pencucian bangunan / pejabat, pembersihan kawasan, penjagaan dan penanaman lanskap dan pelupusan sisa pepejal (sampah)
Memiliki pengalaman luas didalam bidang yang diceburi sejak ianya ditubuhkan oleh kerana pengasas-pengasas dan tenaga kerja mempunyai pengalaman luas didalam kerja-kerja berkaitan.

Dengan sokongan dan kepercayaan yang diberi oleh badan kerajaan dan agensi swasta, NALURI ENTERPRISE pasti akan lebih berjaya dan berkembang lagi memandangkan pengurusan NALURI ENTERPRISE diwakili oleh mereka yang berkaliber dan berpengalaman luas.
Pengurusan NALURI ENTERPRISE percaya suatu masa nanti akan dapat mengecapi kejayaan dan seterusnya memenuhi seruan KERAJAAN yang inginkan penglibatan BUMIPUTRA didalam bidang perniagaan.
NALURI ENTERPRISE telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Majlis Bandaraya Shah Alam, Tenaga Nasional Berhad, UiTM, UPM, UKM, Kementerian Kesihatan, JKR Kuala Langat, SUK N. Selangor, MDKLgt, Lembaga Tabung Haji & Universiti Multimedia.